DAMAI SELAMANYA...

DAMAI SELAMANYA...
KEDAMAIAN

laman utama

Jumaat, 31 Disember 2010

1 MALAYSIA, hari ni akan berakhirnya 2010, tepat jam 12 mlm bermulalah tahun baru 2011. semua akan bergembira menyambut tahun baru seperti lazimnya akan mengadakan pesta dan sebagainya bagi meraikan kehadirannya.
2010, pergimu meninggalkan seribu satu makna, pahit manis sepanjang mengiringimu sehinggalah ke hari ini. dugaan, cabaran, adu dumba, caci fitnah dirasai sehingga ke detik terakhir kini.
2011, hadirmu akan memberi selautan semangat untuk meneruskan kehidupan dengan penuh onak ranjau dan duri. namun pengalaman pahit manis suka duka 2010 akan memberikan sejuta pengajaran dan iktibar bagi melalui titian hidup 2011.
"Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...Amin Ya Rabbal Alamin...."












Khamis, 30 Disember 2010


ketahuilah, yang membezakan manusia dengan binatang adalah akal fikiran.

begitu juga dengan naluri dan perasaan diciptakan untuk semua makhluk termasuklah binatang.

kasih dan sayang lahir dari naluri dan perasaan yang tidak boleh diselindungkan dari segi akalnya.

dunia adalah pentas lakonan bagi semua makhlukNya bersendiwara menjadi aktor terbaik atau sebaliknya.

para malaikat yang ditugaskan sebagai juri akan mengadili seadil-adilnya mengikut garis panduan yang ditetapkan olehNya Pencipta pentas dunia.

Maka dengan itulah akal fikiran yang diberikan tadi untuk memikirkan apakah corak lakonan yang akan dipertontonkan supaya mendapat anugerah di kemudian hari. bukan sahaja anugerah diperolehi malah mendapat sambutan hangat oleh semua penghuni pentas dunia.

wahai manusia sekalian, justeru itu jadilah aktor yang terbaik supaya pentas dunia ini ceria dengan lakonan yang berkualiti dan disenangi. fikir-fikirkanlah.

ANUAR BONEKA

Anuar oh Anuar, kasihan lu..
DAP mempergunakan situasi kes liwat yang tak selesai-selesai bagi kepentingan parti. Timbalan Penegrusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata : "Selagi kes liwat tak selesai di makhkamah selagi itulah Si Anuar ni kena akur dengan keputusan DAP dalam pelbagai perkara termasuklah pengagihan kerusi pada PRU-13 nanti." Itulah pemimpin yang dibanggakan sangat oleh puak PKR / PAS ni.

INGAT...Karpal akhirnya mengaku pernah mendesak Anwar disiasat kerana didakwa oleh beberapa pihak terlibat dengan perbuatan liwat perkara diakui Karpal menerusi laman web www.malaysia-instinct.com pada Selasa lalu apabila menjelaskan desakan yang dibuat pada 1997 adalah atas kedudukannya sebagai wakil rakyat pembangkang di Dewan Rakyat.

ALANGKAH HARUNYA... Si Anwar bernasib malang kerana tidak sedar bahawa dirinya dipermainkan oleh DAP memandangkan kesnya masih berjalan sedangkan pilihan raya umum akan menjelang tidak lama lagi.
PADA KETIKA ITU...Si Anwar tidak akan dapat berbuat apa-apa sebaliknya menerima sahaja apa yang diputuskan oleh DAP.

Selasa, 28 Disember 2010

ISRAEL TETAP TIDAK MOHON MAAF



BAITULMAQDIS 27 Dis. – Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman berkata, negaranya tidak akan memohon maaf kepada Turki berhubung insiden serangan komando rejim Zionis itu ke atas sebuah kapal Turki yang menyertai flotila bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza pada Mei lalu, yang menyebabkan sembilan aktivis warga Turki terbunuh.
Ketika bercakap pada mesyuarat dengan duta-duta Israel di sini semalam, Lieberman berkata, permintaan Ankara supaya Israel memohon maaf bagi memulihkan hubungan kedua-dua negara tersebut, dianggap sebagai satu tindakan biadap.
“Pihak yang sepatutnya memohon maaf adalah kerajaan Turki kerana menyokong pengganas.
“Tidak akan ada sebarang permohonan maaf daripada kerajaan Israel,” katanya.
Hubungan diplomatik antara Turki dan Israel menjadi tegang selepas insiden 31 Mei apabila komando rejim Zionis Israel menyerang kapal bantuan tersebut yang disertai aktivis keamanan Turki untuk memasuki Genting Gaza bagi menghantar bantuan kemanusiaan.
Operasi ketenteraan oleh Israel itu telah menyebabkan sembilan aktivis Turki terbunuh dan ia menyebabkan Israel dikecam hebat oleh masyarakat antarabangsa selain menjejaskan hubungan Tel Aviv dengan Ankara.
Awal bulan ini, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan di Geneva bagi mencari kata sepakat menamatkan krisis antara kedua-dua negara itu dan sedang menunggu pendirian daripada pihak Israel.
Dalam perbincangan itu, Turki menggesa Israel memohon maaf atas serangan itu, membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa yang terbunuh bagi memulihkan hubungan antara kedua-dua negara termasuk menghantar semula Duta Turki ke Tel Aviv.
Tetapi terdapat bantahan di pihak Israel yang melihat tindakan Israel memohon maaf akan dilihat menjadi liabiliti dan menyebabkan tentera Israel terdedah kepada tindakan mahkamah antarabangsa.
Hubungan Israel dan Turki mula tegang sejak Israel melancarkan serangan ke atas Genting Gaza pada Disember 2008.
Israel juga dikatakan tidak senang dengan tindakan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang lantang mengkritik Israel, selain turut menyatakan sokongannya terhadap kumpulan Hamas yang mentadbir Gaza. – AFP

Jumaat, 24 Disember 2010

Amalan Sihir




Pukau satu daripada amalan sihir. Perbuatan ini berdosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya haram.Nabi Muhammad SAW mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan Allah daripada terkena sihir. Sebagai manusia, Nabi tidak terkecuali dikenakan dengan amalan jahat ini. Oleh itu dalam surah al-Falaq kita disaran berlindung daripada kejahatan makhluk tuhan, kejahatan malam dan kejahatan sihir (pukau) serta kejahatan daripada sifat dengki.Perbanyakan membaca surah ini dan berlindung dengan Allah dan mengamalkan doa mathurat yang diajarkan Nabi supaya terelak daripada sihir dan pukau. Apabila manusia berzikir, dia mengingati Allah dan apabila dia mengingati Allah dia tidak lalai. Hanya manusia yang lalai dan alpa mudah terkena amalan sihir.

Khamis, 23 Disember 2010


  • Harga suatu hukuman yang mahal adalah hukuman yang dibayar oleh orang yang dendam dan dengki kepada orang lain. Sebab apabilaapabila ia akan menuntut balas, marah atau dendam, maka ia kan membayarnya dengan hati, darah, anggota tubuh, ketenangan dan kebahagiaan. Tidak diragukan lagi bahawa ini merupakan suatu kerugian yang besar baginya.

Dalam Surah Fusshilat: 34


Maksudnya;


"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."


Selasa, 21 Disember 2010

PENCEMARAN

Dalam buku Sejarah Pemikiran 1 Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi, dan Orde Baru Dunia: Sulaiman Noordin. Beliau telah menulis mengenai perkara tersebut:

PENCEMARAN PADA AMNYA BOLEH TERBAHAGI KEPADA 3 IAITU:

(i) pencemaran minda, kerohanian (akal) atau idealogi (pemikiran)
(ii) pencemaran jasad atau kesihatan jasmani
(iii) pencemaran alam sekitar iaitu udara, darat dan air

A. PENCEMARAN MINDA
Pencemaran yang terpenting adalah pencemaran minda (pemikiran). Ianya melalui 3 saluran iaitu:

(i) aqidah
(ii) maklumat untuk kepentingan golongan tertentu
(iii) tarisakn yang melalaikan

B. PENCEMARAN JASMANI
Yang terpenting dalam pencemaran jasmani ialah melalui bahan tambahan kimia dalam pemakanan seperti pemanis, pewarna yang 'dibolehkan' pelembut, bahan pengawet, 'conditioner' (penyaman) pengemulsi (emulsifier), penstabil, anti pengoksida, malah antibiotik dan hormon yang diberikan kepada binatang ternak yang di makan.
Semuanya meninggalkan sisa-sisa toksik dalam badan yang lama kelamaan boleh menjejaskan kesihatan dan aktiviti metabolisme dan pengoksida jasmani. Toksin-toksin itu boleh menjadi penyebab utama bagi kemerosotan daya penangkis badan. Apabila daya penangkis badan (immune system) menjadi lemah, patogen seperti bakteria dan virus akan masuk dan membiak dalam badan, menyebabkan lahirnya penyakit.

C. PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Pencemaran jenis ketiga adalah pencemaran alam sekitar. Jenis pencemaran ini tidaklah penting sangat jika dibandingkan dengan pencemaran minda dan jasmani. Yang menjadi masalah ialah media massa antarabangsa asyik menekankan dan membesarkan isu pencemaran alam sekitar. Ini adalah kerana beberapa sebab:

Pertama; Kemungkinan pencemaran alam sekitar digunakan untuk menarik perhatian orang ramai daripada memikirkan pencemaran yang lebih penting. Isu pencemaran minda dan jasad boleh menyentuh kepentingan-kepentingan pemodal elit antarabangsa. Ia merupakan suatu ' misinformasion', mengutarakan maklumat yang kurang penting sambil menutup atau memutarbelitkan maklumat yang lebih penting.

Kedua; Penekanan kepada pencemaran alam sekitar mungkin boleh menguntungkan beberapa pihak dari segi politik atau perniagaan. Dari segi politik antarabangsa, isu pencemaran alam sekitar dan undang-undang diwujudkan untuk mencegahnya boleh digunakan pada masa-masa tertentu untuk menceroboh kebebasan sesuatu negara. Caranya adalah untuk menganggap bahawa planet bumi ini adalah sebagai sebuah kapal angkasa raya. Kapal ini ini mempunyai satu kapten dan penumpang yang tidak mengikut peraturan yang ditentukan oleh kapten kapal itu boleh didenda atau diambil tindakan. Umpamanya pemikiran yang selalu diutarakan sekarang ialah hutan-hutan belantara di daerah Nusantara ini adalah dianggap adalah paru-paru hijau disisi Dunia Barat! Soalannya ialah siapakah melantik mereka sebagai kapten kapal? Dan siapakah menentukan hutan kita menjadi paru-paru mereka? Kalau masalah kekurangan gas oksigen yang dimaksudkan, tiga suku daripada permukaan bumi adalah laut dan lautan banyak sekali mengeluarkan gas oksigen daripada tumbuh-tumbuhan terdapat dipermukaannya seperti plakton, algae dan lain-lain.

Pada hakikatnya, makhluk yang bernama manusialah yang dibekalkan akal fikiran untuk menentukan pembaikan pencemaran alam sekitar dan menjaga kepentingan bersama supaya ianya tidak mendatangkan musibah kepada makhlukNya di muka bumi ini.

RENUNGAN

Barangsiapa yang memperlihatkan kesombongan, maka Allah akan mengenakan pakaian kehinaan kepadanya. Sedangkan siapa yang tawadhu' kerana Allah, maka Allah akan meninggikannya. Siapa yang takbur terhadap Allah, maka Allah merendahkannya.
Syair ada menyebut :

" Tawadhu' lah laksana bulan purnama yang nampak mukanya
dipermukaan air padahal ianya jauh tinggi di atas sana
jangan seperti asap yang membumbung tinggi sendiri
ke tataran udara padahal ianya hina tak ternilai..."

DENGKI DAN TAKBUR SYAITAN

Barangsiapa yang memperlihatkan kesombongan, maka Allah akan mengenakan pakaian kehinaan kepadanya. Barangsiapa yang tawadhu' kerana Allah, maka Allah akan meninggikannya. Siapa yang takabur kepada Allah maka Allah akan merendahkanya...

Dikatakan dalam sebuah syair...


" Tawadhuk laksana bulan purnama yang tampak mukanya

di permukaan air padahal ia jauh tinggi di sana,

jangan seperti asap yang membumbung tinggi sendiri

ke tataran udara padahal ia hina tidak ternilai..."