DAMAI SELAMANYA...

DAMAI SELAMANYA...
KEDAMAIAN

laman utama

Selasa, 12 April 2011

Perpaduan Menjamin kemakmuran Negara




Perpaduan dan keharminian kaum di negara ini dikagumi oleh banyak pihak. Persoalan besar timbul ialah apakah perpaduan datang secara semulajadi ataupun dengan kerja kuat barisan pimpinan di negara ini?. Apa yang pasti dan menajdi satu hakikat perpaduan yang kita nikmati hari ini tidak datang bergolek. Ia hasil daripada kebijaksanaan pasukan kepimpinan negara masa kini yang bersikap sederhana dalam memperjuangkan hak dan kepentingan kaum masing-masing.
Sikap kesederhanaan (wasyathiah) adalah selari dengan ajaran Islam yang mengajak kita berbicara dan berunding dengan cara yang baik melalui prinsip-prinsip yang berasaskan kepada semangat persaudaraan Islam dan bertimbang rasa dengan pihak lain. Janganlah pula kita terhasut dengan pemikiran yang jahat dan dari godaan syaitan yang menyesatkan.
Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 22:

"Dan berkatakanlah Syaitan setelah perkara itu: sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar, dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu melainkan bahawa aku mengajak kamu lalu kamu menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufurkan dengan apa yang kamu sekutukan daku dengan-Nya. Sesungguhnya orang yang zalim beroleh azab yang tidak terperi sakitnya."

Perpecahan dan perbalahan yang berlaku sesama sendiri menyebabkan maruah kita tergadai dan menjadi hina. Kelemahan ini digunakan oelh pihak tidak bertanggungjawab dan membenci kedamaian sebagai proksi bagi pertelagahan antara pemimpin dan rakyat sesama rakyat di negara ini.

Situasi ini memberi peluang kepada musuh-musuh negara untuk menjatuhkan serta menghancurkan pembangunan negara dan rakyat. Sekiranya ini terjadi, kita rakyat di negara ini akan menghadapi zaman kegelapan daripada apa yang pernah kita alami sebelum ini. INSAFLAH, perpaduan membolehkan Malaysia mengecapi kemajuan dan kestabilan ekonomi dan politik hingga ke hari ini.
Hakikatnya negara kita yang aman dan tenteram selalu menjadi pilihan negara luar untuk dijadikan "model". sehingga itu banyak negara luar yang menunjukkanminat untuk mengetahui rahsia kejayaan kepimpinan Malayisa mengekalkan keharmonian kaum hingga mereka mahu menggunakan formula yang dipraktikkan oleh Malaysia.

OLEH ITU,  marilah kita sama-sama mengekalkan kesinambungan nikmat perpaduan dalam usaha membangunkan bangsa, agama dan negara yang disegani di mata dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan