DAMAI SELAMANYA...

DAMAI SELAMANYA...
KEDAMAIAN

laman utama

Khamis, 26 Februari 2015

HARGAI DIRI

JANGAN jadikan diri topeng untuk berpura-pura mendapat sanjungan orang ramai.

JANGAN jadikan diri boneka dipentas dunia untuk meraih sokongan orang ramai.

JANGAN jadikan diri bahan ujikaji untuk memikat hati orang ramai.

JANGAN jadikan diri pelangi palsu mewarnai orang ramai.

SEDANGKAN...KAMU...KAMU...KAMU... takut dan bimbang akan bayang-bayang yang mengejar perjalanan kalian....

BANGKITLAH WAHAI ORANG MELAYU

BANGKITLAH WAHAI ORANG MELAYU



"JANGAN jadi lebai malang menang sorak kampung tergadai", "Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan," "Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan" dan "Lesung sama lesung berlaga, ayam di bawah kekenyangan".

Semua pepatah atau kata-kata ini lebih banyak ditujukan kepada orang Melayu. Sebagai kelompok majoriti di negara ini, orang Melayu sering sahaja diperingatkan mengenai bencana yang menanti seandainya mereka lemah dibumi sendiri.

Walaupun seharusnya sebagai orang Melayu beragama Islam, orang Melayu sepatutnya menjadi contoh terbaik khususnya dari segi perpaduan sesama mereka dan menjadi bangsa cemerlang dalam pelbagai bidang namun realiti hari ini menunjukkan sebaliknya......

FIKIR-FIKIRKANLAH...WAHAI BANGSAKU....MELAYU....

Blogger: Papan Pemuka Blogger

Blogger: Papan Pemuka Blogger



RENUNGAN



"DARIPADA Ibnu Abbas RA berkata, Rasulullah SAW mengutuk lelaki yang berpakaian seperti wanita dan wanita berpakaian seperti lelaki."



*Riwayat Bukhari*