DAMAI SELAMANYA...

DAMAI SELAMANYA...
KEDAMAIAN

laman utama

Selasa, 27 Disember 2011

Belum apa-apa lagi dah nak ngaku salah

Macam-macam versi puak-puak penyokong DSAI al Juburi ni. Dikatakan dah ada sepakatan untuk adakan gerakan besar-besaran bagi memprotes terhadap kerajaan seolah-olah mereka telah mengetahui keputusan DSAI akan didapati bersalah...sekarang mereka sedang mengatur rancangan pelbagai aktiviti bagi sokongan terhadap DSAI menjelang keputusan mahkamah pada 19.01.2012 nanti.
Gerakan seperti ini sangat berbahaya daripada konteks keselamatan  dan ketenteraman negara yang boleh mencetuskan huru hara oleh pihak yang menyokong Anuar. Dibimbangi campurtangan pihak luar akan berlaku jika negara terjerums kepada rusuhan dan komplik jika gerakan sebegini terjadi.
Sudah-sudahlah puak-puak Anuar ni buat huru hara dalam negara yang aman damai perpaduan tercipta kerana semangat juang bangsa dalam negara yang sedia ada sekarang. Mereka ni tak sayangkan negara, bangsa dan agama sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi si DSAI Al Juburi...
Apalah nakjadi dengan mereka semua ni...fikir-fikirkanlah.......

Jumaat, 1 Julai 2011

TIDAK TUNDUK DESAKAN PERHIMPUNAN HARAM BERSIH

- Najib dalam ucapannya berkata, kumpulan Bersih bukannya mewakili suara majoriti, tetapi sebaliknya membawa agenda peribadi pemimpin tertentu pembangkang.

- Apakah Muslihat di sebalik rancangan penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) beria-ia hendak meneruskan perhimpunan haram pada 9 Julai ini.........


Inilah dalang utama...atas kepentingan politik...rakyat jadi mangsa kerakusan kuasa Anuar sekeluarga.

- Penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sebenarnya merasa kebimbangan teramat sangat setelah  melihat momentum sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) yang semakin meningkat...Dengan kekuatan Barisan Nasional berpaksikan kepada Agama Bangsa dan Negara serta menjamin Ekonomi, Pembangunan, Pendidikan dan Kestabilan Kemakmuran Negara serta Rakyat Terbela.

NAK JADI MACAM NI? FIKIRLAH WAHAI ORANG MUDA, JANGAN BAZIRKAN WAKTU DENGAN MENGIKUT DAKYAH PEMBANGKANG YANG  SONGSANG INI!!!!!!!!!


Selasa, 12 April 2011

Perpaduan Menjamin kemakmuran Negara




Perpaduan dan keharminian kaum di negara ini dikagumi oleh banyak pihak. Persoalan besar timbul ialah apakah perpaduan datang secara semulajadi ataupun dengan kerja kuat barisan pimpinan di negara ini?. Apa yang pasti dan menajdi satu hakikat perpaduan yang kita nikmati hari ini tidak datang bergolek. Ia hasil daripada kebijaksanaan pasukan kepimpinan negara masa kini yang bersikap sederhana dalam memperjuangkan hak dan kepentingan kaum masing-masing.
Sikap kesederhanaan (wasyathiah) adalah selari dengan ajaran Islam yang mengajak kita berbicara dan berunding dengan cara yang baik melalui prinsip-prinsip yang berasaskan kepada semangat persaudaraan Islam dan bertimbang rasa dengan pihak lain. Janganlah pula kita terhasut dengan pemikiran yang jahat dan dari godaan syaitan yang menyesatkan.
Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 22:

"Dan berkatakanlah Syaitan setelah perkara itu: sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar, dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu melainkan bahawa aku mengajak kamu lalu kamu menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufurkan dengan apa yang kamu sekutukan daku dengan-Nya. Sesungguhnya orang yang zalim beroleh azab yang tidak terperi sakitnya."

Perpecahan dan perbalahan yang berlaku sesama sendiri menyebabkan maruah kita tergadai dan menjadi hina. Kelemahan ini digunakan oelh pihak tidak bertanggungjawab dan membenci kedamaian sebagai proksi bagi pertelagahan antara pemimpin dan rakyat sesama rakyat di negara ini.

Situasi ini memberi peluang kepada musuh-musuh negara untuk menjatuhkan serta menghancurkan pembangunan negara dan rakyat. Sekiranya ini terjadi, kita rakyat di negara ini akan menghadapi zaman kegelapan daripada apa yang pernah kita alami sebelum ini. INSAFLAH, perpaduan membolehkan Malaysia mengecapi kemajuan dan kestabilan ekonomi dan politik hingga ke hari ini.
Hakikatnya negara kita yang aman dan tenteram selalu menjadi pilihan negara luar untuk dijadikan "model". sehingga itu banyak negara luar yang menunjukkanminat untuk mengetahui rahsia kejayaan kepimpinan Malayisa mengekalkan keharmonian kaum hingga mereka mahu menggunakan formula yang dipraktikkan oleh Malaysia.

OLEH ITU,  marilah kita sama-sama mengekalkan kesinambungan nikmat perpaduan dalam usaha membangunkan bangsa, agama dan negara yang disegani di mata dunia.

Isnin, 11 April 2011

DAH BERANG...


DSAI BERANG.....


Kenapa takut?..kalau tak ngaku salah...serah kan ler..jam Omega tu...kenapa nak sorok2 lagi. Apabila ditanya wartawan berkenaan dengan jam tangan Omega, DSAI pusing pulak bertanya kepada wartawan yang dikatakan diperalat oleh UMNO kononya berkenaan dengan pembunuhan Altantuya dan YAB Dato' Seri Najib...DSAI..jangan nak kaitkan orang lain...selesaikan kes u dulu..yang makin bertambah-tambah.,lepas ni aksi video apa pulak yek..boleh jadi pelakon utama lah pulak...

Jumaat, 25 Februari 2011

Dalam Surah Ali Imran : 103 bermaksud:

"DAN HENDAKLAH KAMU SEKALIAN BERPEGANG TEGUH PADA TALI ALLAH SWT (KITAB ALLAH SWT) DAN JANGANLAH KAMU BERPECAH BELAH."

Sabda Nabi SAW: Riwayat Al Bukhari dan Muslim,

"ORANG MUKMIN DENGAN ORANG MUKMIN YANG LAIN ITU LAKSANA SEBUAH BINAAN, YANG ANTARA SATU BAHAGIAN DENGAN BAHAGIAN YANG SALING KUKUH MENGUKUHKAN".

Khamis, 24 Februari 2011

TAK ADER ISU LAIN KER....

MB Pahang menafikan fitnah yang dilemparkan oleh PAS terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan  Negeri (DUN) Kerdau gagal menamatkan pengajiannya di  Universiti Al-Azhar, Mesir.
Fitnah sedemikian adalah budaya yang sering dilakukan oleh PAS yang suka memperlekeh-lekehkan kemampuan orang lain. Fitnah seumpama ini sering dimainkan oleh parti PAS bagi meraih undi dan sokongan masyarakat sehingga sanggup memperlekehkan calon BN juga seorang  tokoh agama  yang dipilih oleh pimpinan tertinggi UMNO khususnya bagi menduduki kerusi DUN Kerdau.

PAS dah takut, gerun dengan calon BN sehinggakan sijil pengajian ijazah calon BN pun dinafikan kesahihannya. LETIH , BERHABIS DUIT HAMBA ALLAH TU MENAMATKAN PENGAJIANNYA DI AL AZHAR,MESIR  ada pulak manusia yang dengkinya ngata beliau tak abih ngaji, apa citer deme ni...
TAK TAU KER " MEMFITNAH LEBIH BURUK DARI MEMBUNUH"...




Selasa, 25 Januari 2011

PERPADUAN BANGSA MELAYU

DALAM usaha mempertahankn hak-hakdan kedaulatan bangsa Melayu di tanahairnya sendiri yang cuba dirampas oleh penjajah British melalui rancangan Malayan Union, UMNO tela berjaa mewujudkan perpaduan orang melayu yang sebelumnya berpecah dengan menganggotai berbgai-baga parti atau persatuan yang berseerak disluruh negara, samada yang bersifat kenegerian, kedaerahan mahupun yangbersifai kesukuan. Seluruh pertubuhn telah meleburkan identiti sempit masing-masin bernaun di bawah satu payung, iaitu PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU atau UMNO.
Dalam rangka perjuangan Islam, keutuhan dan kekuatan bangsa yang menganut dan mendukungnya sangat penting. Dalam hubungan ini, Allahyarham Dato'Asri telah mmberikan gmbaran yang sangat tepat tentang hubungan antara Melayu dan Islam dalam Memoir politiknya "Meniti Arus" :

" Islam itu tidak bole diletakkan di bawah pokok, digantung di dahan kayu atau dilekatkan di atas dinding. Ia mesti ada pendukungnya. Dan dalam konteks negara kita Malaysi, pendukungnya adalah orang Melayu. Ini bermakna bahawa Islam dan oran Melayu tidak dapat dipisahkan. Dari sudut yang sama, Islam akan jadi kuat, utuh serta terjamin masa depannya dinegara ini hanya jka kedudukan dan masa depan orang Melayu itu sediri terjamin."

Keterangan ini bukanlah bersufat teori semata-mata, tetai ia adalah suatu realiti yng bertepatan denganketerangan Sunnah serta huraian shli sejarah yangmembuat pengamatan terhada sejarah perkembangan tamadun manusia. Dalam sebuah hadia Rasulullah SAW bermaksud:

" Allah SWT tidak mengutus seorang Nabi melainkan dalam kekuatan perlindungan dari kaumnya."
                                                                                                                                     (Riwayat Hakim)

Kepentingan bangsa dalam mempertahankan Islam, khususnya dalam konteks peminaan negara dapat dilihat dalam "PIAGAM MADINAH" yang menjadi asas kepada pembinaan negara yang pertama dalam Islam. Piagam ini antra lain menyebut :

" Ini adalah Piagam antara Nabi Muhammad SAW dengan orang-orang Islam trdiri dari Kaum Quraisy dan Yathri ( Madinah ) serta orang-orang yang mengikut mereka, lalu berada bersama mereka an berjihat bersama mereka. Mereka merupakan satu umat ( ummatan wahidah ), yang berbeza dariumat-umat yang lain.
Orang-orng Muhajirin yang terdri dari aum Quraisy kekal dengan dat merek, iaitu mereka saling bertanggungjawab antara ereka dalam membayar diat, menebus orang yang ditawan dengan cara baik serta adil di antara orang-orang Muslim.
aum Bani Harithah (dari golongan Ansar) juga kekal engan adat mereka sebelum ini dalam membayr diat. Setiap kelompok menebus orang yang ditawan dari golongan mereka dengan cara yang baik serta adil di antara orang-orang yang beriman."

Petikan-petikan di atas memperlihatkan kepada kita bahawa sekalipun umat Islam keseluruhanya (Quraisy dan Yathrib) merupakan satu umat, namun perbezaan suku kaum serta adat istiadat masing-masing tetap diambil kira dalam pembentukan negara. Ini adalah kerana ciri-ciri kebangsaan dan bagi sesuatu bangsa itu merupakan antara unsur-unsur yang membentuk kekuatan dan keutuhannya, di samping keimanan dan nilai-nilai yang dibawa oleh Islam. Malah dalam pembinaan hukum juga terdapat suatu prinsip yang dijadikan rujukan dalam ilmu fekah yang dikenali dengan "Al Urt" (merujuk kepada adat tempatan).
Jadi, perpaduan bangsa Melayu yang dianjurkan oleh UMNO adalah bersesuaian dengan aeruan Islam supaya Umatnya mengekalkan perpaduan dengan mengelakkan perpecahan untuk menjamin kekuatan serta kedaulatan mereka kerana tanpa kekuatan serta kedaulatan umat, kedudukan agama Islam tidak akan dapat dipertahankan, seperti firman Allah SWT yang bermaksud :

" Dan janganlah kamu bersengketa derana persengketaan akan menyebabkan kamu gagal dan hilang kedaulatan kamu."
                                                                                                                                       (Al Anfal : 46)

" Dan hendaklah kamu sekalian berpegang teguh pada tali Allah SWT (kitab Allah SWT) dan janganlah kamu berpecah belah.:
                                                                                                                                   (Ali Imran : 013)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
" Orang Mukmin dengan orang lain itu laksana sebuah binaan, yang antara seahagian dengan bagahian yang saling kukuh mengukuhkan"
                                                                                                (Riwayat Bukhari dan Muslim)               

Hendaklah kamu berada bersama golongan umat yang bersatu di belakang pemerintah dan hendaklah kamu hindari perpecahan."
                                                                                                              (Riwayat At Tirmidzi)

"Pertolongan Allah bersama dengan umat yang bersatu di belakang pemerintah dan syaitan memecut untuk bersama dengan golongan yang menentang pemerintah".
                                                                                                                          (Riwayat At Tabrani)

Maka hasil dari perpaduan bangsa Melayu sebagai teras kepada perpaduan seluruh umat dan bangsa yang diperjuangkan oleh UMNO ini. umat Islam di Malaysia berjaya memerdekakan Tanah Air , menubuhkan kerajaan yang menjadi tanggungjawab fardhu kifayah ke atas umat serta membangun negara yang membawa kebajikan kepada seluruh rakyat jelata. Makna perpaduan ini telah dilambangkan dalam cogankata "BERSATU".

Isnin, 17 Januari 2011

SUDAH MENGAKU KALAH...

Sukar menang di Tenang - Kit Siang

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tidak mudah bagi parti pakatan - DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas - untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Tenang pada 30 Januari nanti.
Ini kerana Tenang terletak di Johor yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional.
"Namun, jika kita dapat mengurangkan lagi majoriti UMNO dan Barisan Nasional, itu sudah menjadi satu kemenangan untuk kita,” katanya dalam ceramah sempena pengumuman calon Pas bagi pilihan raya kecil itu.

Khamis, 6 Januari 2011

RAIS DIFITNAH ROGOL AMAH

 

Rais nafi rogol, anggap tuduhan sebagai fitnah

Rais sudah mengaku tidak terlibat merogol AMAH dan  terang-terang menyatakan ketika kali pertama mesyuarat kabinet bersama Perdana Menteri di Putrajaya, beliau menafikan pertuduhan ini, namun masih digembar gemburkan  oleh pembangkang yang kegersangan isu untuk di pamerkan kepada khalayak umum.

Rais  menyatakan dalam akhbar Berita Harian hari ini bahawa : "dakwaan itu adalah fitnah dan wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara. Beliau dan ahli keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dan akan menerima serta mematuhi sebarang keputusan hasil siasatan rasmi itu. Tiru macam Rais yang berani kehadapan menunjukkan kebenaran, tapi apa macam dengan  YB Selising   yang dikatakan berkhalwat dengan bini orang tu!.
kes rogol ini sengaja dimainkan pembangkang bagi menutup kes Adun Selising.

“Sementara siasatan dijalankan pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, mereka yang mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain wajar menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik.
“Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar berhubung dakwaan salah laku atau jenayah memperkosa itu adalah bertujuan jelek, berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan,”

 Makin menjadi-jadi dilaman-laman maya (blog,fb,twiter dan sebagainya) memperkatakan isu ini. Apa kesudahannya, dapat apa? Banyak perkara penting lagi yang perlu diperjelaskan bukan fitnah memfitnah dijadikan satu kewajipan. Ini semua makan minum puak pembangkang yang menjadikan fitnah salah satu hobi, kalau tak ada fitnah tak senang duduk, MERABA-RABA, TERKIAL-KIAL mencari cerita hingga ke dalam kain orang.

Rabu, 5 Januari 2011

"Tahun 2011 adalah tahun penuhi permintaan belia"

tiap-tiap tahun belia mengharapkan kerajaan penuhi permintaan mereka. jika tahun 2011 adalah tahun penuhi permintaan belia adalah sebaiknya dikotakan. almaklumlah janji dengan orang muda tak sama dengan berjanji dengan orang tua atau orang lama. orang muda berjiwa agresif dan tak berapa  matang berbanding dengan golongan yang lebih tua. justeru itu  jika tahun 2011 adalah dikatakan tahun penuhi permintaan mereka terutama belia di peringkat universiti, belia di sekolah, belia kampung dan sebagainya maka mereka tetap belia.
nak penuhi permintaan mereka tak lah susah. bukan hanya harapkan kerajaan semata-mata. yang dok berbaris exco belia (MBM/MBN) tu apa kojernya jika tak bawak ke atas suara belia yang diakar umbi.
dan satu lagi diingatkan, supaya jangan nak politikkan belia. pasal tu lah jugak suara belia dan permintaan belia ditapis-tapis sehingga tinggal serdak baru nak bawak ke atas. kesian belia.
menjelang PRU akan datang pun undi belia adalah nisbah yang tertinggi. hati-hati kerajaan sekarang. janji mereka mesti dipenuhi. maklumlah tahun ni "tahun penuhi permintaan belia".