DAMAI SELAMANYA...

DAMAI SELAMANYA...
KEDAMAIAN

laman utama

Selasa, 21 Disember 2010

PENCEMARAN

Dalam buku Sejarah Pemikiran 1 Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi, dan Orde Baru Dunia: Sulaiman Noordin. Beliau telah menulis mengenai perkara tersebut:

PENCEMARAN PADA AMNYA BOLEH TERBAHAGI KEPADA 3 IAITU:

(i) pencemaran minda, kerohanian (akal) atau idealogi (pemikiran)
(ii) pencemaran jasad atau kesihatan jasmani
(iii) pencemaran alam sekitar iaitu udara, darat dan air

A. PENCEMARAN MINDA
Pencemaran yang terpenting adalah pencemaran minda (pemikiran). Ianya melalui 3 saluran iaitu:

(i) aqidah
(ii) maklumat untuk kepentingan golongan tertentu
(iii) tarisakn yang melalaikan

B. PENCEMARAN JASMANI
Yang terpenting dalam pencemaran jasmani ialah melalui bahan tambahan kimia dalam pemakanan seperti pemanis, pewarna yang 'dibolehkan' pelembut, bahan pengawet, 'conditioner' (penyaman) pengemulsi (emulsifier), penstabil, anti pengoksida, malah antibiotik dan hormon yang diberikan kepada binatang ternak yang di makan.
Semuanya meninggalkan sisa-sisa toksik dalam badan yang lama kelamaan boleh menjejaskan kesihatan dan aktiviti metabolisme dan pengoksida jasmani. Toksin-toksin itu boleh menjadi penyebab utama bagi kemerosotan daya penangkis badan. Apabila daya penangkis badan (immune system) menjadi lemah, patogen seperti bakteria dan virus akan masuk dan membiak dalam badan, menyebabkan lahirnya penyakit.

C. PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Pencemaran jenis ketiga adalah pencemaran alam sekitar. Jenis pencemaran ini tidaklah penting sangat jika dibandingkan dengan pencemaran minda dan jasmani. Yang menjadi masalah ialah media massa antarabangsa asyik menekankan dan membesarkan isu pencemaran alam sekitar. Ini adalah kerana beberapa sebab:

Pertama; Kemungkinan pencemaran alam sekitar digunakan untuk menarik perhatian orang ramai daripada memikirkan pencemaran yang lebih penting. Isu pencemaran minda dan jasad boleh menyentuh kepentingan-kepentingan pemodal elit antarabangsa. Ia merupakan suatu ' misinformasion', mengutarakan maklumat yang kurang penting sambil menutup atau memutarbelitkan maklumat yang lebih penting.

Kedua; Penekanan kepada pencemaran alam sekitar mungkin boleh menguntungkan beberapa pihak dari segi politik atau perniagaan. Dari segi politik antarabangsa, isu pencemaran alam sekitar dan undang-undang diwujudkan untuk mencegahnya boleh digunakan pada masa-masa tertentu untuk menceroboh kebebasan sesuatu negara. Caranya adalah untuk menganggap bahawa planet bumi ini adalah sebagai sebuah kapal angkasa raya. Kapal ini ini mempunyai satu kapten dan penumpang yang tidak mengikut peraturan yang ditentukan oleh kapten kapal itu boleh didenda atau diambil tindakan. Umpamanya pemikiran yang selalu diutarakan sekarang ialah hutan-hutan belantara di daerah Nusantara ini adalah dianggap adalah paru-paru hijau disisi Dunia Barat! Soalannya ialah siapakah melantik mereka sebagai kapten kapal? Dan siapakah menentukan hutan kita menjadi paru-paru mereka? Kalau masalah kekurangan gas oksigen yang dimaksudkan, tiga suku daripada permukaan bumi adalah laut dan lautan banyak sekali mengeluarkan gas oksigen daripada tumbuh-tumbuhan terdapat dipermukaannya seperti plakton, algae dan lain-lain.

Pada hakikatnya, makhluk yang bernama manusialah yang dibekalkan akal fikiran untuk menentukan pembaikan pencemaran alam sekitar dan menjaga kepentingan bersama supaya ianya tidak mendatangkan musibah kepada makhlukNya di muka bumi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan