DAMAI SELAMANYA...

DAMAI SELAMANYA...
KEDAMAIAN

laman utama

Selasa, 25 Januari 2011

PERPADUAN BANGSA MELAYU

DALAM usaha mempertahankn hak-hakdan kedaulatan bangsa Melayu di tanahairnya sendiri yang cuba dirampas oleh penjajah British melalui rancangan Malayan Union, UMNO tela berjaa mewujudkan perpaduan orang melayu yang sebelumnya berpecah dengan menganggotai berbgai-baga parti atau persatuan yang berseerak disluruh negara, samada yang bersifat kenegerian, kedaerahan mahupun yangbersifai kesukuan. Seluruh pertubuhn telah meleburkan identiti sempit masing-masin bernaun di bawah satu payung, iaitu PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU atau UMNO.
Dalam rangka perjuangan Islam, keutuhan dan kekuatan bangsa yang menganut dan mendukungnya sangat penting. Dalam hubungan ini, Allahyarham Dato'Asri telah mmberikan gmbaran yang sangat tepat tentang hubungan antara Melayu dan Islam dalam Memoir politiknya "Meniti Arus" :

" Islam itu tidak bole diletakkan di bawah pokok, digantung di dahan kayu atau dilekatkan di atas dinding. Ia mesti ada pendukungnya. Dan dalam konteks negara kita Malaysi, pendukungnya adalah orang Melayu. Ini bermakna bahawa Islam dan oran Melayu tidak dapat dipisahkan. Dari sudut yang sama, Islam akan jadi kuat, utuh serta terjamin masa depannya dinegara ini hanya jka kedudukan dan masa depan orang Melayu itu sediri terjamin."

Keterangan ini bukanlah bersufat teori semata-mata, tetai ia adalah suatu realiti yng bertepatan denganketerangan Sunnah serta huraian shli sejarah yangmembuat pengamatan terhada sejarah perkembangan tamadun manusia. Dalam sebuah hadia Rasulullah SAW bermaksud:

" Allah SWT tidak mengutus seorang Nabi melainkan dalam kekuatan perlindungan dari kaumnya."
                                                                                                                                     (Riwayat Hakim)

Kepentingan bangsa dalam mempertahankan Islam, khususnya dalam konteks peminaan negara dapat dilihat dalam "PIAGAM MADINAH" yang menjadi asas kepada pembinaan negara yang pertama dalam Islam. Piagam ini antra lain menyebut :

" Ini adalah Piagam antara Nabi Muhammad SAW dengan orang-orang Islam trdiri dari Kaum Quraisy dan Yathri ( Madinah ) serta orang-orang yang mengikut mereka, lalu berada bersama mereka an berjihat bersama mereka. Mereka merupakan satu umat ( ummatan wahidah ), yang berbeza dariumat-umat yang lain.
Orang-orng Muhajirin yang terdri dari aum Quraisy kekal dengan dat merek, iaitu mereka saling bertanggungjawab antara ereka dalam membayar diat, menebus orang yang ditawan dengan cara baik serta adil di antara orang-orang Muslim.
aum Bani Harithah (dari golongan Ansar) juga kekal engan adat mereka sebelum ini dalam membayr diat. Setiap kelompok menebus orang yang ditawan dari golongan mereka dengan cara yang baik serta adil di antara orang-orang yang beriman."

Petikan-petikan di atas memperlihatkan kepada kita bahawa sekalipun umat Islam keseluruhanya (Quraisy dan Yathrib) merupakan satu umat, namun perbezaan suku kaum serta adat istiadat masing-masing tetap diambil kira dalam pembentukan negara. Ini adalah kerana ciri-ciri kebangsaan dan bagi sesuatu bangsa itu merupakan antara unsur-unsur yang membentuk kekuatan dan keutuhannya, di samping keimanan dan nilai-nilai yang dibawa oleh Islam. Malah dalam pembinaan hukum juga terdapat suatu prinsip yang dijadikan rujukan dalam ilmu fekah yang dikenali dengan "Al Urt" (merujuk kepada adat tempatan).
Jadi, perpaduan bangsa Melayu yang dianjurkan oleh UMNO adalah bersesuaian dengan aeruan Islam supaya Umatnya mengekalkan perpaduan dengan mengelakkan perpecahan untuk menjamin kekuatan serta kedaulatan mereka kerana tanpa kekuatan serta kedaulatan umat, kedudukan agama Islam tidak akan dapat dipertahankan, seperti firman Allah SWT yang bermaksud :

" Dan janganlah kamu bersengketa derana persengketaan akan menyebabkan kamu gagal dan hilang kedaulatan kamu."
                                                                                                                                       (Al Anfal : 46)

" Dan hendaklah kamu sekalian berpegang teguh pada tali Allah SWT (kitab Allah SWT) dan janganlah kamu berpecah belah.:
                                                                                                                                   (Ali Imran : 013)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
" Orang Mukmin dengan orang lain itu laksana sebuah binaan, yang antara seahagian dengan bagahian yang saling kukuh mengukuhkan"
                                                                                                (Riwayat Bukhari dan Muslim)               

Hendaklah kamu berada bersama golongan umat yang bersatu di belakang pemerintah dan hendaklah kamu hindari perpecahan."
                                                                                                              (Riwayat At Tirmidzi)

"Pertolongan Allah bersama dengan umat yang bersatu di belakang pemerintah dan syaitan memecut untuk bersama dengan golongan yang menentang pemerintah".
                                                                                                                          (Riwayat At Tabrani)

Maka hasil dari perpaduan bangsa Melayu sebagai teras kepada perpaduan seluruh umat dan bangsa yang diperjuangkan oleh UMNO ini. umat Islam di Malaysia berjaya memerdekakan Tanah Air , menubuhkan kerajaan yang menjadi tanggungjawab fardhu kifayah ke atas umat serta membangun negara yang membawa kebajikan kepada seluruh rakyat jelata. Makna perpaduan ini telah dilambangkan dalam cogankata "BERSATU".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan