DAMAI SELAMANYA...

DAMAI SELAMANYA...
KEDAMAIAN

laman utama

Khamis, 6 Januari 2011

RAIS DIFITNAH ROGOL AMAH

 

Rais nafi rogol, anggap tuduhan sebagai fitnah

Rais sudah mengaku tidak terlibat merogol AMAH dan  terang-terang menyatakan ketika kali pertama mesyuarat kabinet bersama Perdana Menteri di Putrajaya, beliau menafikan pertuduhan ini, namun masih digembar gemburkan  oleh pembangkang yang kegersangan isu untuk di pamerkan kepada khalayak umum.

Rais  menyatakan dalam akhbar Berita Harian hari ini bahawa : "dakwaan itu adalah fitnah dan wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara. Beliau dan ahli keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dan akan menerima serta mematuhi sebarang keputusan hasil siasatan rasmi itu. Tiru macam Rais yang berani kehadapan menunjukkan kebenaran, tapi apa macam dengan  YB Selising   yang dikatakan berkhalwat dengan bini orang tu!.
kes rogol ini sengaja dimainkan pembangkang bagi menutup kes Adun Selising.

“Sementara siasatan dijalankan pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, mereka yang mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain wajar menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik.
“Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar berhubung dakwaan salah laku atau jenayah memperkosa itu adalah bertujuan jelek, berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan,”

 Makin menjadi-jadi dilaman-laman maya (blog,fb,twiter dan sebagainya) memperkatakan isu ini. Apa kesudahannya, dapat apa? Banyak perkara penting lagi yang perlu diperjelaskan bukan fitnah memfitnah dijadikan satu kewajipan. Ini semua makan minum puak pembangkang yang menjadikan fitnah salah satu hobi, kalau tak ada fitnah tak senang duduk, MERABA-RABA, TERKIAL-KIAL mencari cerita hingga ke dalam kain orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan